HomeUtamaDUN Sabah: Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau dijangka siap Mac...

DUN Sabah: Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau dijangka siap Mac 2027

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2027 selepas pelaksanaannya disambung semula dengan pelantikan kontraktor baharu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata kerja-kerja pembinaan projek itu bermula pada 4 Mac 2025 dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan.

“Kos keseluruhan projek ini adalah RM3.5 juta. Sehingga akhir Jun 2026, kemajuan fizikal projek telah mencapai 50 peratus dan pelaksanaannya adalah mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan Datuk Rusdin @ Musidi Riman yang meminta penjelasan mengenai status terkini pelaksanaan projek berkenaan, termasuk sama ada kontraktor baharu telah dilantik, jumlah peruntukan yang diluluskan, peratusan kemajuan projek dan jangkaan tarikh siap pembinaannya.

Menurut Andi, kementeriannya komited memastikan projek itu dilaksanakan dengan lancar memandangkan kepentingannya sebagai pusat pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya etnik.

“Projek ini juga berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan berasaskan budaya yang dapat memperkasa ekonomi komuniti setempat.

“Sehubungan itu, pelaksanaan projek ini akan terus dipantau secara berkala oleh Kementerian bersama Jabatan Muzium Negeri Sabah bagi memastikan kualiti, kemajuan serta pematuhan kepada spesifikasi yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan ADUN Senalang yang memohon agar Muzium Bukit Tengkorak dan Muzium Perkuburan Islam Terawal di Pulau Omadal, Semporna diselenggara dengan lebih baik, Dr Andi berkata kementeriannya mengambil maklum perkara itu dan akan berusaha melaksanakannya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: ADUN Bugaya kemuka lima jaminan bagi perkukuh RUU pewarisan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular