HomeUtamaDUN Sabah: Sabah rangka pendekatan menyeluruh jayakan Tahun Melawat Sabah 2027

DUN Sabah: Sabah rangka pendekatan menyeluruh jayakan Tahun Melawat Sabah 2027

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang merangka pendekatan menyeluruh bagi memastikan kempen Tahun Melawat Sabah 2027 memberi limpahan ekonomi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pemain industri pelancongan dan komuniti tempatan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata pendekatan itu akan dilaksanakan menerusi pembangunan rantaian nilai pelancongan yang melibatkan pelbagai sektor serta disokong dengan sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Sungguhpun konflik geopolitik telah memberikan impak dan kesan secara langsung kepada sektor pelancongan negeri ini, kementerian masih komited untuk menerajui agenda Kerajaan Negeri bagi Tahun Melawat Sabah.

“Kementerian saya sedang merangka pendekatan menyeluruh yang memberi penekanan kepad pembangunan rantaian nilai pelancongan, termasuk sektor penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, kraftangan serta produk pelancongan berasaskan komuniti, agar manfaat ekonomi dapat diagihkan secara lebih meluas hingga ke peringkat akar umbi.

“Sesi libat urus sedang dilaksanakan pada ketika ini kepada para pemain industri serta stakeholders dalam meneliti serta berkongsi programdan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena kempen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN Luyang  Samuel Wong Tshun Chuen pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Andi berkata, bagi memastikan penyertaan aktif semua pihak, kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah akan mempergiat usaha promosi dan pemasaran secara bersasar, termasuk membantu memasarkan pakej pelancongan tempatan, memperluas akses pasaran kepada pengusaha kecil serta menyediakan insentif dan sokongan promosi kepada pemain industri, khususnya PKS dan komuniti setempat.

Menjawab soalan tambahan ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong, beliau berkata dakwaan bahawa Geopark Kinabalu kurang dipromosikan adalah tidak tepat kerana pelbagai usaha promosi telah dilaksanakan, khususnya menerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Beliau berkata, antara usaha terbaharu ialah program Biosfera yang dirasmikan Ketua Menteri baru-baru ini, yang turut mempromosikan Geopark Kinabalu bersama geopark lain di Sabah.

Menurutnya, kempen Tahun Melawat Sabah 2027 akan memberi penekanan kepada elemen budaya, pengembaraan, alam semula jadi dan kelestarian, dengan jadual program dijangka diumumkan pada hujung tahun ini sebelum kempen bermula pada 2027.

RELATED ARTICLES
Utama

Shafie persoal penukaran FD kepada RPS dalam SDB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular