HomeUtamaPembangunan mapan Putatan terus jadi agenda utama - Shahelmey

Pembangunan mapan Putatan terus jadi agenda utama – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 52 Second

PUTATAN: Agenda pembangunan mapan di Parlimen Putatan terus menjadi keutamaan dalam memastikan tahap kehidupan, sosial dan ekonomi rakyat sentiasa dinaik taraf dari semasa ke semasa.

Ahli Parlimen Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelan pembangunan yang efisyen bukan sahaja meningkatkan kualiti dan keselesaan, bahkan pada masa sama menunjukkan Putatan sebagai sebuah destinasi membangun di masa hadapan.

Jelasnya selaku wakil rakyat, mekanisme pembangunan infra serta progam komuniti mampu mengangkat kualiti yang diharapkan dan menjamin Parlimen itu terus berdaya saing dengan mana-mana lokaliti di Sabah.

“Kita setiap tahun menerima peruntukkan bagi pembangunan di kawasan parlimen sebanyak RM2 juta dan Alhamdulillah, peruntukkan-peruntukkan berkenaan kita manfaat sebaiknya.

“Antara yang kita lakukan adalah pembinaan Dewan Terbuka SK Contoh, padang SMK Tansau dan astaka SMK Tansau. Jika dahulu, kita juga membina padang SMK Putatan, selain pembinaan lampu-lampu jalan, pembinaan parit dan banyak lagi.

“Kalau ikut, peruntukkan persekutuan tersebut adalah tidak mencukupi bagi tujuan pembangunan infra namun kita sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan dana menerusi kementerian-kementerian lain yang ada, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Padang Kg Duvanson, dekat sini, pada Sabtu.

Untuk rekod, dalam projek pembinaan padang kampung itu, Shahelmey berkata ianya memakan kos kira-kira RM300,000.

“Projek padang ini merupakan sebahagian peruntukkan parlimen kita dan saya difahamkan ianya akan dapat digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Saya menerima maklum balas daripada para penduduk yang gembira dengan pembinaan padang tersebut yang mana kita mendapat maklum mereka mahu memanfaatkannya melalui kepelbagaian aktiviti seperti sukan, acara tradisi serta kegiatan lain.

“Kita juga berharap penduduk di Kg Duvanson ini bersabar sedikit sebelum padang tersebut dapat digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun dan saya berharap juga ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti positif dan sihat, “katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan projek Pan Borneo Pakej Enam melibatkan laluan Ketiau-Penampang-Inanam yang dijangka siap pada bulan Ogos, Shahelmey berkata, ianya bakal memudahkan para pengguna dan merancakkan lagi aktiviti komuniti setempat.

“Ia merupakan laluan alternatif Kota Kinabalu Selatan dan Kota Kinabalu Utara yang mana ianya mampu mengurangkan kepadatan serta kesesakan lalu lintas yang bertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Laluan ini dijangka siap pada Ogos dan harapan saya para pengguna jalan raya dapat menggunakan laluan tersebut dengan berhemah dan mengutamakan aspek keselamatan masing-masing, “katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ekspedisi Gunung Kinabalu terus jadi platform antarabangsa tingkat kesedaran Duchenne

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular