HomeUtamaPenduduk terjejas banjir di Tawau meningkat kepada 335 orang

Penduduk terjejas banjir di Tawau meningkat kepada 335 orang

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Seramai 335 penduduk daripada 96 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda daerah Tawau setakat jam 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat, dengan sebuah kampung terjejas akibat bencana berkenaan.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, Tawau, yang mula beroperasi pada jam 11 pagi tadi.

Daripada keseluruhan mangsa yang dipindahkan, seramai 226 orang terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, iaitu 106 lelaki serta 120 perempuan.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan semasa banjir di daerah berkenaan, manakala operasi pengurusan PPS dan bantuan kepada mangsa diteruskan bagi memastikan kebajikan semua penduduk yang terjejas sentiasa terpelihara.

Jawatankuasa Bencana Alam Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana pada jam 8.30 pagi hari ini selepas beberapa kawasan perumahan di Tanjung Batu Keramat, Taman Ria 1, Taman Hot Spring, Taman Sunshu dan Taman Sri Balung dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Jawatankuasa Kabinet perkasa produk tempatan, kukuhkan inisiatif JOM MALAYSIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular