HomeUtamaLelaki didenda RM4,000 miliki cecair ketum

Lelaki didenda RM4,000 miliki cecair ketum

Read Time:46 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 2,960 mililiter cecair ketum.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Zairul, 36, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama.

Peruntukan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Zairul didapati memiliki bahan psikotropik iaitu 2,960 mililiter cecair mitraginin di kawasan tempat letak kereta sebuah kawasan perumahan di Tuaran pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 7 malam.

Mitraginin atau lebih dikenali sebagai ketum disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Tertuduh diwakili peguam Michelle Usman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim.

RELATED ARTICLES
Utama

Majikan didenda RM5,000 benar PATI berada di premis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular