HomeUtamaPertahan Semangat Toleransi Beragama

Pertahan Semangat Toleransi Beragama

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Semangat toleransi beragama harus dipelihara bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara yang berbilang bangsa dan agama ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata keupayaan rakyat Sabah untuk hidup bersama secara aman boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan juga negara luar.

“Walaupun berbeza budaya dan agama, kita dikenali sebagai sebuah negeri dimana rakyatnya dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni. Keupayaan ini adalah penting dan kita harus mempertahankannya.

“Sabah mempunyai semangat toleransi beragama yang tinggi, dan ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum,” katanya.

Joniston berkata demikian dalam perasmian majlis Sambutan Perayaan Hari Natal di Hotel Hilton di sini, hari ini.

Sambutan Hari Krismas itu dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Sabah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, dan Persatuan Kristian Bumiputera Sabah.

Turut terlibat memeriahkan majlia tersebut adalah  Gabungan Persatuan Cina Sabah, Persatuan Hindu Sangam Sabah, Persatuan Singh Sabha Sabah, Gabungan Persatuan-Persatuan Masyarakat India Sabah, dan Majlis Gereja-Gereja Sabah.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata sambutan perayaan seperti Krismas merupakan platform penting untuk semua lapisan masyarakat berkumpul meraihkan semangat kekitaan.

“Ini juga menjadi tarikan bagi pelancong datang ke Sabah untuk menyaksikan sendiri keunikan masyarakat di negeri ini. Inilah konsep Keluarga Malaysia yang diperlukan oleh negara, khususnya di Sabah bagi memastikan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya direalisasikan dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap kepimpinan negara kita akan terus menggalakkan perayaan pelbagai agama dan budaya untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Dalam majlis tersebut, para tetamu disajikan dengan persembahan khas oleh sekumpulan penari yang mewakili masyarakat berbilang kaum.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Stanis Buandih; Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Mackey Apison; Presiden Bumiputera Kristian Sabah Rev. Amangkil Jellin Wadak; dan Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Sabah, Jesicca Basat.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular