HomeUtamaCOVID-19 : Kes Harian Kembali Turun

COVID-19 : Kes Harian Kembali Turun

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali menurun dibawah paras 200 dengan merekodkan jumlah kumulatif harian terbaharu sebanyak 189 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan 48 kes lebih rendah berbanding jumlah yang direkodkan semalam.

“Kota Kinabalu kekal penyumbang kes harian tertinggi di Sabah dengan 33 kes baharu hari ini, penurunan 8 kes daripada sebelumnya.

“Ia diikuti oleh Tuaran , 30 kes (+7), Ranau 21 kes (-1), Kota Belud 18 (-1), Papar 15 (-4), Penampang 15 (-4), Sandakan 10 (+1) dan Putatan 10 (-5),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 7 daerah mencatatkan kes satu angka antara 2 hingga 7 kes.

Katanya, sebanyak 10 buah daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Sebanyak 186 daripada 189 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3,   tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya