HomeUtama((VIDEO))- RUU Pindaan Perlembagaan Tingkat Keupayaan Sabah Berdaya Saing

((VIDEO))- RUU Pindaan Perlembagaan Tingkat Keupayaan Sabah Berdaya Saing

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen baru-baru ini mampu meningkatkan keupayaan Sabah lebih berdaya saing.

Pindaan RUU bagi mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu turut membuktikan kerajaan pada hari ini mengambil kira nadi rakyat Sabah.

Bagi Masdiana Johari, pindaan itu akan memberi kuasa dan kelebihan untuk pentadbiran negeri Sabah mentadbir secara sendiri.

Katanya yang berasal dari Lahad Datu turut menambah pindaan itu juga akan dapat mempertahankan kekayaan ekonomi Sabah untuk penduduk di negeri ini sendiri.

“Harapan saya moga perkara ini dapat mengembalikan kegemilangan Sabah dalam Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia dapat menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sabah Media.

Bagi Ati Nganro, beliau bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Sabah dan gembira kerana MA63 telah dimasukkan dalam perlembagaan negara.

“Saya berharap Malaysia amnya dan Sabah khususnya akan dapat maju bersama,” katanya yang berasal dari Tawau.

Sementara itu, bagi Siti Noramirah Amin berkata, pindaan itu diharap dapat memberi nafas baharu bagi pentadbiran Sabah selain akan mendapatkan hak-hak yang selama ini diabaikan.

Selasa lalu, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 itu diluluskan di Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas RUU itu mendapat sokongan majorit dua pertiga menerusi undi belah bahagi bacaan kali kedua dan ketiga seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular