HomeUtamaPM Ucap Tahniah Kepada BN di Negeri Sembilan

PM Ucap Tahniah Kepada BN di Negeri Sembilan

Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.

​Anwar yang juga Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam proses demokrasi berkenaan.

​Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PH serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memimpin negeri itu sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

​”Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

​”Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

​Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

​Langkah itu tegas beliau, amat penting bagi memastikan agenda pembangunan, kesejahteraan serta kemakmuran rakyat di negeri berkenaan dapat terus diperkasakan secara berterusan.

RELATED ARTICLES
Utama

Daripada gerai tepi jalan ke restoran, Nasi Lemak Tengah Malam bukti...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular