HomeIsu tempatanDBKK Laksana Operasi Pembersihan Di Pantai Taman Awam Teluk Likas

DBKK Laksana Operasi Pembersihan Di Pantai Taman Awam Teluk Likas

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Kira-kira 4,000 kilogram (kg) sampah sekitar tepian pantai dan jalan raya berhampiran Taman Awam Teluk Likas disini berjaya dikutip Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pagi tadi.

Operasi pembersihan itu dilaksanakan oleh anggota pembersihan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dan Jabatan Landskap (JL) DBKK membabitkan seramai 150 orang anggota.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip (kiri) meninjau keadaan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah awal pagi tadi selepas kejadian banjir kilat akibat air pasang di kawasan tersebut malam tadi.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip (kiri) meninjau keadaan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah awal pagi tadi selepas kejadian banjir kilat akibat air pasang di kawasan tersebut malam tadi. -Foto Ihsan DBKK
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap seawal jam 4 pagi tadi..
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap seawal jam 4 pagi tadi. – Foto Ihsan DBKK
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap.
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap. – Foto Ihsan DBKK
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap.
Pekerja DBKK membersihkan kawasan pantai Taman Awam Teluk Likas yang dipenuhi sampah sarap. – Foto Ihsan DBKK

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pantai Taman Awam Teluk Likas adalah salah satu kawasan mendaratnya sisa sampah dari individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam saluran perairan atau di laut maka sampah tersebut akan dibawa ke tepian pantai mengikut air pasang surut laut.

“Diperhatikan sisa sampah ini adalah jenis sisa tidak mudah terurai dalam tempoh masa yang singkat. Sisa plastik buangan itu bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah berbahaya selain dapat memusnahkan hidupan marin, burung dan kerangan di lautan.

“Bagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan agar masyarakat lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sama ada di darat mahupun di lautan,” jelas Noorliza dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, menurut Noorliza lagi, kempen-kempen telah diwujudkan bertujuan memberi kesedaran orang ramai dan kepekaan terhadap keperluan untuk membuang sampah dengan cara yang betul bagi melindungi dan menjaga alam sekitar dan kebersihan bandaraya. Namun, tanggungjawab itu sentiasa ditinggalkan kepada pihak berkuasa tanpa sokongan dan komitmen jitu daripada awam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa sampah dibuang di atas jalan raya atau tempat awam lain akan hanyut ke dalam longkang dan sungai selepas hujan, ditambah lagi yang dibuang secara terus ke perairan.

“Perkara ini akan mengundang masalah yang lebih besar lagi seperti kejadian banjir dan memerlukan peruntukan yang lebih tinggi untuk mengatasinya serta memberi kesan buruk kepada orang awam lain akibat dari banjir tersebut,” ujarnya.

Noorliza menyeru kepada seluruh masyarakat supaya membuang sampah di tempat yang betul bagi mengurangkan kesan yang memberi implikasi buruk kepada kita sendiri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular