HomeUtamaHPPNK 2021 ditangguh berikutan banjir - Ronald Kiandee

HPPNK 2021 ditangguh berikutan banjir – Ronald Kiandee

Read Time:34 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021, yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Rabu ini, ditangguhkan berikutan bencana banjir di kebanyakan kawasan di seluruh negara ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata penangguhan itu bagi memberi laluan kepada kementerian dalam misi membantu golongan sasar iaitu peladang, penternak dan nelayan serta orang awam yang terjejas akibat bencana banjir.

“Pihak pengurusan program memohon maaf atas penangguhan program HPPNK 2021,” menurutnya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Mengikut jadual, HPPNK 2021 akan diadakan secara hibrid bermula 21 hingga 23 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dengan prosedur operasi standard ketat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular