HomeUtamaGagal letak tanda harga, pasar raya dikompaun RM3,000

Gagal letak tanda harga, pasar raya dikompaun RM3,000

Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Sebuah premis pasar raya di sini dikenakan kompaun RM3,000 selepas didapati gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan.

Kesalahan itu dikesan ketika sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau menjalankan pemeriksaan di sekitar Balung, pada Khamis.

Hasil semakan di lokasi mendapati barangan yang dipamerkan untuk jualan tidak disertakan tanda harga jualan tunai sebagaimana diwajibkan.

Perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 yang dibuat menurut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

Dalam pemeriksaan berkenaan, sebanyak tiga kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikesan terhadap peniaga yang ingkar dan melanggar peraturan dikuatkuasakan KPDN.

Pemeriksaan turut mendapati terdapat peniaga menggunakan alat timbang dan sukat yang gagal ditentusahkan.

KPDN Sabah dalam kenyataan berkata, pemeriksaan terhadap peniaga lain pula mendapati mereka mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN, khususnya berkaitan penandaan harga, selain menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.

“Pemeriksaan di stesen minyak sekitar Tawau pula mendapati stesen yang diperiksa menyediakan Peti dan Buku Log Lawatan KPDN serta mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Sebanyak 30 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) telah dikeluarkan terhadap premis perniagaan yang diperiksa,” tambah kenyataan itu.

KPDN menegaskan bahawa pemeriksaan dan pemantauan dijalankan secara konsisten setiap hari dan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan persekitaran perdagangan yang adil, telus dan mematuhi perundangan sentiasa terpelihara.

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan menerusi saluran rasmi KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Imigresen Sabah pergiat operasi, 164 PATI ditahan dalam tiga hari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular