HomeUtamaPusat Jantung Sabah dijangka siap 2027, beroperasi 2029

Pusat Jantung Sabah dijangka siap 2027, beroperasi 2029

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Projek pembinaan Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini dijangka siap pada suku ketiga 2027 sebelum mula beroperasi dua tahun kemudian, iaitu pada suku ketiga 2029.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, projek bernilai RM125 juta itu merupakan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan menjadi antara keutamaan kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan jantung di Sabah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini sedang melaksanakan proses perolehan bagi kerja ujian bahan.

“Seterusnya, makmal pengurusan nilai kita jangka akan dapat dilaksanakan pada suku pertama 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

“Memandangkan tumpuan Kementerian Ekonomi pada tahun ini, kita berikan ini sebagai satu prioriti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 1 Tahun 2026 di sini pada Isnin.

Hadir sama Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki

Dr Dzulkefly berkata, berdasarkan garis masa yang dirancang, bangunan Pusat Jantung Sabah itu disasarkan siap pada suku ketiga 2027, manakala operasi penuh dijangka bermula pada suku ketiga 2029.

Beliau menjelaskan tempoh dua tahun selepas bangunan siap diperlukan bagi membolehkan proses berkaitan diselesaikan sebelum pusat berkenaan mula memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

Pusat Jantung Sabah itu akan dibangunkan dalam kawasan HQE II dengan konsep bangunan secara menegak bagi memanfaatkan ruang sedia ada.

“Ruang itu mencukupi, kita akan membina secara menegak (vertical building). RM125 juta itu merangkumi kerja-kerja awalan, pengubahsuaian dan juga peralatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga didakwa miliki lebih 8kg racun mitragynine

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular