HomeUtama64 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen

64 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seramai 64 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM Sabah dalam kenyataan berkata, di Kota Kinabalu, tujuh warga asing ditahan menerusi Ops Selera selepas pemeriksaan terhadap 38 individu.

Mereka terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita warga Filipina serta seorang lelaki warga Pakistan.

Di Sandakan pula, 28 warga asing ditahan menerusi Ops Bersama dan Ops Kutip selepas 145 individu diperiksa.

Tangkapan membabitkan 13 lelaki dan lapan wanita warga Filipina serta seorang lelaki, dua wanita  dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia. Turut ditahan tiga lelaki warga India.

“Sementara itu, Ops Kutip dan Ops Belanja di Tawau membawa kepada penahanan 29 warga asing daripada 66 individu yang diperiksa.

“Tangkapan melibatkan warga Filipina iaitu empat lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala warga Indonesia pula terdiri daripada 11 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu.

JIM Sabah menegaskan komitmennya untuk terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah catat 62 Peratus litupan hutan, antara tertinggi di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular