HomeUtamaCuaca kering jejas lapan kawasan di Sabah – Bomba

Cuaca kering jejas lapan kawasan di Sabah – Bomba

Read Time:53 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Lapan kawasan di Sabah terjejas akibat cuaca kering selepas tiada hujan direkodkan dalam tempoh melebihi seminggu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz berkata kawasan yang tidak menerima hujan melebihi seminggu dikategorikan sebagai berisiko tinggi berlaku kebakaran terbuka dan jerebu.

“Sehubungan dengan itu, pihak bomba memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, yang boleh memburukkan lagi keadaan cuaca kering,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Keningau dan Pitas mencatatkan tempoh tanpa hujan paling lama, iaitu 14 hari.

Ini diikuti Pusat Ternakan Wario di Kota Belud serta Stesen Ranau yang masing-masing merekodkan tempoh 13 hari tanpa hujan.

Empat lagi lokasi ialah Pejabat Pertanian Kimanis di Papar, Laban Rata Gunung Kinabalu di Ranau, Sub-Station Serinsim di Kota Marudu, dan Stesen Kota Kinabalu yang tidak menerima hujan selama 12 hari berturut-turut. 

Mohd Pisar berkata mereka yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 [Akta 127]. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

21 ‘scammer’ didenda berhubung pelaburan palsu

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular