HomeUtamaTiga kawasan Sabah dilanda kualiti udara tidak sihat, Tawau catat IPU tertinggi

Tiga kawasan Sabah dilanda kualiti udara tidak sihat, Tawau catat IPU tertinggi

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Tiga kawasan di Sabah nencatat kualiti udara tidak sihat setakat jam 4 pagi pada Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang JAS memaklumkan, tiga kawasan itu melibatkan stesen Politeknik Kota Kinabalu (PKK); Kota Kinabalu dan Tawau.

Kawasan berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sabah melebih bacaan 100.

Stesen Tawau mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 147, diikuti stesen PKK 143 dan Kota Kinabalu 113.

Sementara itu, lokasi lain seperti Kimanis dan Keningau kedua-duanya masing-masing mencatatkan bacaan IPU 99 dan 93. Sandakan berada pada bacaan 73

Manakala di Wilayah Persekutuan Labuan turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 156

Orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal luar sekiranya mengalami sebarang gejala. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kebakaran Kampung Numbak sumbang kemerosotan kualiti udara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular