HomeUtamaJerebu Sabah : Ambil langkah berjaga-jaga, utamakan kesihatan - Naib Canselor UMS

Jerebu Sabah : Ambil langkah berjaga-jaga, utamakan kesihatan – Naib Canselor UMS

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan mula mendaftar masuk pada 12 September ini dinasihatkan agar mengutamakan kesihatan sekiranya keadaan jerebu masih berlarutan di negeri ini.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur berkata, pihaknya turut menasihatkan ibu bapa untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap yang boleh menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, penggunaan pelitup muka serta mengurangkan aktiviti atau pendedahan di kawasan terbuka antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

“Jika bacaan jerebu itu berada pada tahap yang membahayakan kesihatan, dipihak universiti kita menggesa supaya pelajar-pelajar baharu yang datang mendaftar dan ibu bapa yang turut hadir memberi perhatian kepada kesihatan.

“Kita minta dan menasihatkan agar mereka menggunakan pelitup muka dan kalau boleh, hindarkan terdedah di kawasan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurkan simbolik penyerahan sumbangan warga UMS kepada mangsa kebakaran Kampung Numbak di sini pada Jumaat.

Dr. Kasim berkata, pihak universiti berharap keadaan cuaca dan kualiti udara bertambah baik menjelang tarikh pendaftaran bagi memastikan proses kemasukan pelajar baharu berlangsung dalam keadaan lancar dan selamat.

“Kita doakan semoga suasana waktu pendaftaran itu, cuaca bertambah baik,” katanya.

Hampir 5,000 pelajar baharu dijangka akan mula mendaftar di UMS pada 12 September ini, dengan universiti turut memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan warga kampus sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, tiga stesen pemantau IPU di Sabah merekodkan bacaan tahap tidak sihat setakat jam 2 petang ini.

Antara stesen pemantau terlibat adalah di stesen Politeknik Kota Kinabalu (PKK); Sandakan dan Tawau.

Di stesen pemantau PKK, bacaan IPU merekodkan 152; Sandakan 140 dan Tawau 151.  Manakala tiga lagi stesen iaitu Kota Kinabalu; Kimanis dan Keningau berada pada tahap sederhana.. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penggiat industri kreatif perlu berani angkat identiti Sabah – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular