HomeUtamaDua lelaki ditahan miliki 1,145 liter petrol, diesel tanpa permit

Dua lelaki ditahan miliki 1,145 liter petrol, diesel tanpa permit

Read Time:55 Second

SEMPORNA: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memiliki sebanyak 1,145 liter petrol dan diesel yang disyaki barang kawalan tanpa permit di kawasan rumah atas air, Kampung Balimbang Haji Jamal, Pulau Bum Bum, di sini, semalam.

Penahanan itu dilakukan Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak sebelum kes berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk tindakan lanjut.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkam, dalam operasi yang dijalankan pada Selasa itu berjaya merampas 125 liter petrol dan 1,020 liter diesel yang menjadikan jumlah keseluruhan minyak dirampas sebanyak 1,145 liter.

Selain minyak berkenaan, penguat kuasa turut menyita dua bot kayu, sebuah enjin sangkut Yamaha 30 kuasa kuda (HP), sebuah enjin pam serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

“Nilai rampasan bagi barang kawalan itu dianggarkan berjumlah RM5,934.15. Satu kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini.

KPDN turut memberi amaran kepada individu atau syarikat supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan kawalan bekalan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Buli siber perlu diberi perhatian, pelajar mudah terpengaruh media sosial –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular