HomeUtamaPakar kekal pada kesimpulan kematian Zara konsisten dengan akhiri nyawa sendiri

Pakar kekal pada kesimpulan kematian Zara konsisten dengan akhiri nyawa sendiri

Read Time:39 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Pakar Perunding Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung kekal dengan kesimpulannya bahawa cara kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir paling konsisten dengan mengakhiri nyawa sendiri (suicide).

Bagaimanapun, saksi yang dipanggil semula itu menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai cara kematian Zara adalah terpulang kepada Mahkamah Koroner.

“Saya kekal dengan kesimpulan saya bahawa cara kematian si mati paling konsisten dengan bunuh diri.

“Dengan rendah hati, saya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan cara kematian yang muktamad dan pandangan saya kekal sebagai pendapat pakar berdasarkan imbangan kebarangkalian,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh pegawai pengendali Nahra Dollah.

Dr Chua dipanggil semula memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan selepas Pakar Perunding Psikiatri Dr Simon Wong, saksi pakar yang dipanggil pasukan guaman ibu Zara, selesai memberi keterangan.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

Abdul Azeez mengaku tidak bersalah guna kedudukan berkaitan pelaburan TH RM193.5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular