HomeUtamaBung Berpuas Hati Pelaksanaan Pemberian Vaksin Di Sabah

Bung Berpuas Hati Pelaksanaan Pemberian Vaksin Di Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin  berpuas hati dengan pelaksanaan proses pemberian vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan di Sabah.

Katanya, sehingga kini kira-kira 200,648 orang telah menerima suntikan vaksin menerusi PICK peringkat Sabah sekurang-kurangnya dos pertama bagi fasa satu dan fasa kedua.

“Kita telah melihat peningkatan yang ketara bagi penerima vaksin di Sabah dan kita juga berharap sasaran seramai 268,000 penerima vaksin dapat dicapai bagi fasa kedua.

“Saya juga turut dimaklumkan bahawa sudah ada hospital swasta di negeri ini yang melaksanakan program vaksinasi dan berharap lebih banyak lagi hospital swasta di Sabah akan terlibat sama,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan pemberian vaksinn COVID-19 di Sabah.

Sebelum ini Bung telah menyuarakan agar pemberian vaksin di negeri ini dipercepatkan termasuk memberikan kebenaran kepada kerajaan Sabah untuk membeli bekalan vaksin daripada Pharmaniaga bagi mempercepatkan PICK di Sabah.

Dalam perkembangan sama, Bung berharap agar kempen berterusan dapat dilaksanakan dan diperhebatkan bagi menjayakan program vaksinasi kepada rakyat Sabah.

“Kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui MySejahtera tapi kaedah lain perlu kita gunakan seperti pendataran melalui aplikasi Whatsapp,pandu lalu dan pendekatan  lain termasuk bergerak ke kampung di kawasan pedalaman.

“Semua ini perlu dilaksanakan berikutan masih ramai rakyat khususnya di luar bandar dan pedalaman di Sabah masih kurang memahami kaedah pendaftaran kerana kekangan komunikasi serta kebaikan menerima vaksin,”katanya.

Sementara itu, Bung berkata, kempen penjelasan dan memberi keyakinan kepada rakyat berhubung kebaikan vaksin COVID-19 juga perlu dilaksanakan oleh semua pihak bagi menangkis sentimen kumpulan antivaksin.

“Banyak berita-berita palsu yang disebarkan di aplikasi WhatsApp, laman sesawang dan sebagainya sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk menerima vaksin, sudah tentu ini yang perlu kita beri penjelasan yang sewajarnya.

“Dengan adanya usaha berterusan daripada ahli politik kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) bukan hanya mendukung tetapi mempromosikan  usaha serta matlamat  program vaksinasi COVID-19 mencapai sasarannya,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular