HomeUtamaWD Group Sediakan 5 Lori bagi percepatkan Usaha pembersihan sampah Pasca banjir

WD Group Sediakan 5 Lori bagi percepatkan Usaha pembersihan sampah Pasca banjir

Read Time:1 Minute, 13 Second

SHAH ALAM: Sebuah syarikat berteraskan teknologi solar, WD Group hari ini menggerakkan lima buah lori, bertujuan mengangkut sampah ekoran bencana banjir yang melanda Selangor baru-baru ini.

Pengurus Logistik WD Group, Sich Kah Yong berkata, kesemua lori-lori angkut akan membawa sampah-sampah pasca banjir yang dikumpulkan di pusat pelupusan sampah sementara, untuk dibawa ke tapak Pelupusan Sanitari di Jeram, Selangor.

Ditemui pemberita Sabah Media di pusat transit sisa banjir, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 34, Shah Alam, Kah Yong berkata ini adalah satu tanggungjawab sosial korporat (SCR) syarikatnya bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini, baru-baru ini.

Mesra disapa Ah Boy, beliau memaklumkan bukan di sini sahaja syarikatnya menyediakan perkhidmatan lori, malah mereka turut mengerakkan lori bagi tujuan mengangkut sampah di beberapa lokasi lain di sekitar Shah Alam, dalam usaha mempercepatkan lagi kerja-kerja pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan.

Ketika ditanya berapa lama sampah-sampah ini akan dibersihkan, katanya usaha ini dijangka akan mengambil masa selama sebulan, kemudian mereka akan bergerak ke lokasi lain pula selepas ini.

Diminta mengulas kekecewaan rakyat yang menyatakan kelewatan agensi kerajaan untuk membantu mangsa banjir, Ah Boy menggesa orang ramai untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak baik terutama agensi Kerajaan.

“Kita janganlah menyalahkan Kerajaan, NGO mahupun mana-mana pihak, yang paling penting kita perlu tolong selamatkan nyawa orang dahulu.

“Jika kita sudah nampak, kita selamatkan dahulu, tidak perlu menanti mana-mana pihak, yang paling penting kita selamatkan nyawa orang dahulu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular