HomeUtamaMajlis Presiden PH berdiri teguh di belakang PM, kekal komited banteras rasuah

Majlis Presiden PH berdiri teguh di belakang PM, kekal komited banteras rasuah

Read Time:34 Second

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan pendirian tegas untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri serta menyokong nasihat yang dikemukakan oleh Peguam Negara dan Menteri Wilayah kepada Lembaga Pengampunan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Majlis Presiden turut menekankan prinsip kedaulatan undang-undang dengan menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang berada di atas undang-undang negara.

“Sesiapa sahaja yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Majlis Presiden menegaskan komitmen dan azam mereka untuk terus meneruskan usaha membanteras rasuah, mengangkat agenda Reformasi, serta membersihkan negara daripada sebarang unsur penyelewengan dan salah laku.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembantu kedai dobi diperintah bela diri kes amang seksual kanak-kanak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular