HomeUtamaWarga Itali didenda RM500 langgar syarat pas lawatan

Warga Itali didenda RM500 langgar syarat pas lawatan

Read Time:41 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga Itali didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melanggar syarat Pas Lawatan Sosial dengan bekerja sebagai jurulatih.

Tertuduh, Battistessa Antonio, 45, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Hurman Hussain.

Mahkamah turut memerintahkan Battistessa untuk dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Battistessa sebagai pemegang pasport Itali didapati tanpa sebab munasabah melanggar syarat Pas Lawatan Sosial yang dikeluarkan kepadanya dengan bekerja sebagai jurulatih.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 8.30 malam pada 28 Julai lalu di sebuah pusat seni mempertahankan diri  di Plaza Grand Millennium, Penampang.

Dia didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Presiden PH berdiri teguh di belakang PM, kekal komited banteras...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular