HomeUtamaBelia perlu diberi ruang pimpin projek kemasyarakatan - Masidi

Belia perlu diberi ruang pimpin projek kemasyarakatan – Masidi

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Golongan belia perlu diberi ruang memikul tanggungjawab sebenar menerusi penglibatan dalam projek kemasyarakatan bagi membina pengalaman kepimpinan, mengurus sumber dan membuat keputusan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pengalaman itu penting dalam membentuk pemimpin muda yang mampu bekerja dalam pasukan serta memahami keperluan masyarakat yang menerima manfaat.

“Apabila seseorang ahli mengetuai projek komuniti, dia belajar mengurus bajet, bekerja dengan pasukan dan membuat keputusan.

“Dia juga belajar bahawa masyarakat yang ingin dibantu perlu mempunyai suara dalam bagaimana sesuatu projek itu dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas ke-50 JCI INTAN di sini, malam tadi.

Masidi turut menggesa pemimpin berpengalaman membimbing generasi muda dengan berkongsi pengalaman serta memberi mereka ruang untuk merancang dan mengetuai projek dengan bimbingan sewajarnya.

Katanya, golongan muda juga perlu memanfaatkan jaringan di luar Sabah untuk mempelajari pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah serta membawa pulang idea yang bersesuaian.

“Pada masa sama, pastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam majlis itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada barisan pemimpin dan ahli terdahulu serta semasa sempena sambutan Jubli Emas ke-50 JCI INTAN.

Beliau turut menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kesinambungan organisasi serta melahirkan pemimpin baharu.

RELATED ARTICLES
Utama

Wang tabung masjid dicuri, lelaki ditahan bantu siasatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular