HomeUtamaAgong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Tun Dr...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Read Time:39 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR :  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Israel Houghton: Belum ada permohonan rasmi adakan konsert di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular