HomeUtamaGempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Paginatan, Ranau

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Paginatan, Ranau

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Richter berlaku di Paginatan, Ranau, di sini pada jam 10.57 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, dengan kedalaman 13 kilometer.

Pusat gempa dilaporkan berada kira-kira 14 kilometer di selatan Ranau, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan gegaran berkenaan mungkin dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

Jabatan itu berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan perkembangan berkaitan kejadian gempa bumi berkenaan.

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terjejas, dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti maklumat dan perkembangan terkini daripada MetMalaysia menerusi saluran rasmi jabatan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

PERANTIS 2026 perkasa 37 wanita ke arah kepimpinan ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular