HomeUtamaSembilan tong gas disorok bawah tangga jeti awam dirampas

Sembilan tong gas disorok bawah tangga jeti awam dirampas

Read Time:1 Minute, 5 Second

TAWAU: Sembilan tong gas petroleum cecair (LPG) yang disorokkan di bawah tangga Jeti Awam CIQS Lama di sini ditemukan polis dalam operasi membanteras penyeludupan dan ketirisan barangan kawalan.

Penemuan itu dibuat menerusi Op Tiris 4.0 selepas pemeriksaan dan pemantauan dijalankan di kawasan jeti berkenaan, namun tiada individu hadir menuntut tong gas terbabit.

Operasi itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Tawau dan Task Force Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA) IPD Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner  Rosdi Mat Jusoh berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam daripada sembilan tong gas itu kosong, manakala tiga lagi masih berisi.

“Kesemua tong gas LPG berkenaan telah dirampas dan dibawa ke Balai Polis Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM2,346 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Op Tiris dilaksanakan secara berterusan di Jeti Awam CIQS Lama bagi membanteras aktiviti penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PTI) serta ketirisan barangan kawalan yang menggunakan jeti awam sebagai laluan keluar masuk ke daerah Tawau.

Masyarakat turut dinasihatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti penyeludupan atau membantu pihak yang melakukan kesalahan berkaitan barangan kawalan serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

RELATED ARTICLES
Utama

Anifah persoal bantahan konsert Israel Houghton, gesa politik intoleransi agama tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular