HomeUtamaPenjawat awam direman berhubung salah guna kuasa babitkan projek kerajaan

Penjawat awam direman berhubung salah guna kuasa babitkan projek kerajaan

Read Time:41 Second

KENINGAU: Seorang penjawat awam direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes disyaki salah guna kuasa membabitkan 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 40-an sehingga 12 Oktober ini dikeluarkan oleh Majistret Flavian Edward Henry selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek telah ditahan kira-kira jam 4 petang semalam  ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Keningau.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki menyalahgunakan kedudukannya antara 2021 hingga 2024 untuk mengesahkan Sijil Pengesahan Siap bagi 15 projek kerajaan berkenaan.

Kesemua projek itu dilaksanakan sebuah syarikat yang dipercayai milik salah seorang ahli keluarganya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

LKAN 2/2026 : Lima lanjutan masa, projek kuarters bomba Semporna ditamatkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular