HomeUtamaLKAN 2/2026 : Kontrak balai bomba Merotai ditamatkan walaupun sudah 96.6 peratus...

LKAN 2/2026 : Kontrak balai bomba Merotai ditamatkan walaupun sudah 96.6 peratus siap

Read Time:54 Second

Kuala Lumpur : Projek pembinaan Balai Bomba dan Kuarters Merotai bernilai RM6.85 juta ditamatkan ketika kemajuan kerja mencapai 96.6 peratus, dengan hanya 3.4 peratus kerja berbaki.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 menyatakan kontrak ditamatkan pada 5 November 2025 akibat ketidakupayaan kewangan kontraktor serta kegagalan menyiapkan kerja mengikut jadual.

Sejumlah RM6.70 juta telah dibelanjakan bagi projek di bawah KPKT itu.

Tempoh kontrak asal ialah dari 25 November 2019 hingga 17 Mei 2021. Projek kemudian menerima tujuh lanjutan masa berjumlah 1,075 hari, dengan tarikh penyiapan baharu pada 29 September 2024.

Antara sebab lanjutan masa ialah Perintah Kawalan Pergerakan, pindaan reka bentuk pembetungan dan perubahan aras platform.

Gambar Audit bertarikh 12 Ogos 2026 menunjukkan pemasangan roller shutter di ruang kenderaan belum disiapkan, manakala kuarters masih belum dapat diduduki.

Perubahan projek melalui Notice of Change telah diluluskan pada 11 Jun 2026, melibatkan kos RM0.97 juta.

Menurut maklum balas KPKT pada 27 Ogos 2026, tender telah diiklankan pada 16 Jun dan ditutup pada 14 Julai 2026.

Penilaian tender telah dimajukan kepada urus setia untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Perolehan.

RELATED ARTICLES
Utama

LKAN 2/ 2026 : Arahan Perubahan Kerja Dengan nilai RM513.99 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular