HomeUtamaTidak pernah lihat Zara mahu cederakan diri - Ibu

Tidak pernah lihat Zara mahu cederakan diri – Ibu

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa anaknya tidak pernah memberitahunya mahu mati, membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri.

Noraidah Lamat turut berkata, sepanjang membesarkan Zara, dia tidak pernah melihat anaknya cuba mencederakan diri sendiri.

Menjawab soalan peguam Shahlan Jufri, Noraidah berkata dia pernah membaca kira-kira lima buku catatan atau diari Zara, namun tidak pernah melihat kandungan yang menjurus ke arah mahu mencederakan diri atau mengambil nyawa sendiri.

Katanya, Zara mula menggunakan buku catatan ketika di sekolah rendah selepas seorang guru Bahasa Melayu mencadangkan murid Tahun Dua dan Tahun Tiga menulis mengenai aktiviti harian mereka.

Menurutnya, ketika di tahap satu, Zara banyak menulis mengenai nama haiwan, negeri, bunga dan rakan-rakan, selain melukis.

Apabila memasuki tahap dua, katanya, Zara lebih cenderung menulis mengenai kehidupan dan pengalaman harian, termasuk cerita bersama rakan serta rutin hariannya.

Shahlan: Berdasarkan pengalaman puan, pernahkah puan melihat atau membaca kandungan buku catatan atau diari Zara yang menjurus ke arah mahu mencederakan diri atau mengambil nyawa sendiri?

Noraidah: Tidak pernah. Penulisannya semasa sekolah rendah lebih cenderung kepada aktiviti harian, kawan-kawan dan persahabatan.

Noraidah berkata, dia menganggarkan pernah membaca kira-kira lima buku catatan atau diari anaknya.

Menurutnya, buku yang tidak lagi digunakan Zara kadangkala diletakkan merata-rata dan ada yang akhirnya dibuang selepas terkena air kencing kucing peliharaan mereka.

Shahlan: Sepanjang puan membesarkan Zara, pernahkah Zara sendiri memberitahu puan bahawa dia mahu mati?

Noraidah: Tidak pernah.

Shahlan: Pernahkah Zara memberitahu puan bahawa dia mahu membunuh diri atau mencederakan dirinya?

Noraidah: Tidak pernah.

Shahlan: Pernahkah puan melihat Zara cuba mencederakan dirinya?

Noraidah: Tidak pernah.

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu Zara sukar percaya tulisan makian dalam 15 helaian kertas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular