HomeUtamaFestival Citra Borneo satukan anak Sabah, Sarawak di perantauan

Festival Citra Borneo satukan anak Sabah, Sarawak di perantauan

Read Time:1 Minute, 12 Second

GOMBAK: Keunikan budaya dan tradisi Borneo mewarnai Festival Citra Borneo 2026 yang menghimpunkan masyarakat Sabah dan Sarawak di Lembah Klang, kelmarin.

Festival sehari itu dianjurkan Persatuan Pelancongan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Tourism Malaysia dan memasuki tahun ketiga penganjurannya secara berturut-turut.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival, termasuk persembahan kebudayaan etnik Sabah dan Sarawak, festival makanan tradisi, pertandingan seni warisan serta pameran komuniti yang mengetengahkan keunikan khazanah budaya Borneo.

Program berkenaan dirasmikan oleh Leftenan Mohd Hisyam Sah Nuddin TLDM (Bersara).

Dalam ucapannya, Mohd Hisyam berkata festival itu bukan sahaja menjadi platform memperkasakan budaya, malah menyumbang kepada usaha mempromosikan pelancongan domestik serta mengetengahkan identiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

“Festival ini membawa rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Lembah Klang lebih dekat dengan akar budaya mereka, sambil memperkenalkan keindahan tradisi ini kepada masyarakat umum,” katanya.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Kadazandusun, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu oleh kumpulan penari belia.

Gerai makanan tradisional pula menjadi antara tumpuan pengunjung dengan pelbagai juadah Borneo seperti hinava, umai, linut, manok pansuh serta kuih tradisi yang mendapat sambutan hangat.

Festival Citra Borneo 2026 sekali gus membuktikan bahawa budaya dan tradisi adalah jambatan penyatuan masyarakat, serta platform memperkukuh hubungan erat warga Sabah dan Sarawak di Semenanjung Malaysia

Pada penghujung festival, Persatuan Citra Borneo Malaysia turut dilancarkan, dengan sijil rasmi penubuhannya diserahkan kepada Presiden persatuan, Jacqueline Chin Mei Tsern.

Sijil berkenaan disampaikan oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Daerah Petaling, Mohd Hairudin Md Nor.

RELATED ARTICLES
Utama

Aliran air deras limpahi jalan di Kundasang Lama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular