HomeUtama16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Read Time:52 Second

TAWAU: Sebanyak 16 rumah kediaman jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Apas di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.31 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran membabitkan rumah kediaman jenis tidak kekal itu merebak sehingga memusnahkan 16 rumah.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran dengan lima pancutan air, bersumberkan tangki jentera bomba, pili bomba berhampiran dan sumber air terbuka iaitu parit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi dikawal pada jam 11.55 malam, manakala tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman dan pemeriksaan keselamatan diteruskan sehingga jam 3.25 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Operasi berkenaan melibatkan 45 anggota daripada BBP Tawau, BBP Kunak dan Bomba Komuniti Titingan, dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Air dan Sabah Electricity.

RELATED ARTICLES
Utama

140 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular