HomeUtamaLelaki didakwa terbit komen berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah

Lelaki didakwa terbit komen berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung menerbitkan komen berunsur hasutan membabitkan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Tertuduh Jaison Bernard Sikayun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di ruangan komen sebuah halaman Facebook pada 11 Februari tahun ini, jam 1.30 tengah hari, di Tugu Peringatan Petagas, Putatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berikutnya, hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 November ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan, penyerahan dokumen serta mendapatkan perkembangan berhubung pelantikan peguam yang akan mewakili Jaison.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Naziah Moktar bersama Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis. Tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemuda Gagasan Rakyat, Pemuda PBB Sarawak perkukuh kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular