HomeUtamaPemuda Gagasan Rakyat, Pemuda PBB Sarawak perkukuh kerjasama

Pemuda Gagasan Rakyat, Pemuda PBB Sarawak perkukuh kerjasama

Read Time:1 Minute, 18 Second

KUCHING: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengadakan pertemuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik demi kepentingan golongan muda di Sabah dan Sarawak.

Pertemuan itu diketuai Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Azrul Ibrahim, manakala delegasi Pemuda PBB diketuai Ketua Pemudanya, Datuk Martin Ben, yang juga Ketua Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Azrul yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan kekeluargaan, sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pendekatan masing-masing dalam memperjuangkan kepentingan golongan muda.

Menurutnya, hubungan erat antara gerakan pemuda Sabah dan Sarawak penting bagi memperkukuh persefahaman serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada generasi muda di kedua-dua negeri.

Pertemuan itu turut dihadiri ketua-ketua pemuda parti komponen GPS, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), bersama barisan pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Azrul turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman, bagi bertukar pandangan mengenai tugas dan peranan masing-masing.

Pertemuan itu turut disertai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Mohammad Ghazali Hajiji, serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Afiq Fikri Brahim.

Azrul berharap hubungan baik yang terjalin menerusi pertemuan berkenaan dapat terus memperkukuh persefahaman dan membuka ruang kepada kerjasama lebih erat antara pimpinan serta gerakan pemuda Sabah dan Sarawak pada masa hadapan.

RELATED ARTICLES
Utama

Indeks Pendayaupayaan Pengguna Malaysia meningkat 70.36 peratus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular