HomeUtamaKerajaan larang penjawat awam guna Waze

Kerajaan larang penjawat awam guna Waze

Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada risiko penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Menerusi kenyataan hari ini, keputusan itu mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat perlu dilindungi daripada sebarang bentuk penyalahgunaan yang boleh menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, Anwar menyarankan rakyat Malaysia supaya turut menghentikan penggunaan Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu, dengan mengambil kira aspek keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

Kerajaan MADANI menegaskan pendiriannya untuk menutup sebarang ruang yang berpotensi dimanfaatkan oleh rejim Israel bagi mengancam keselamatan negara dan rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Indeks Pendayaupayaan Pengguna Malaysia meningkat 70.36 peratus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular