HomeUtamaPAS Sabah Desak Siasatan Pembatalan Projek Di Sabah, Sarawak

PAS Sabah Desak Siasatan Pembatalan Projek Di Sabah, Sarawak

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu – PAS Sabah menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pembatalan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak serta mendedahkan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, dalam kenyataan bertarikh 27 Oktober 2026, berkata kerajaan perlu menjelaskan sebab pembatalan dan proses membuat keputusan bagi projek terbabit.

Beliau berkata, jika pembatalan dilakukan secara tidak adil tanpa alasan munasabah, perkara itu merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu disiasat segera.

“Sabah dan Sarawak bukan negeri kelas kedua dalam Persekutuan Malaysia. Rakyat Borneo berhak menikmati pembangunan yang adil dan saksama,” katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri I berhubung pembatalan projek di kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Aliakbar, kerajaan perlu memberikan penjelasan terbuka sekiranya pembatalan berpunca daripada faktor teknikal atau kewangan.

Beliau turut menggesa tindakan tegas diambil berdasarkan hasil siasatan sekiranya ditemukan unsur pilih kasih, diskriminasi atau penyalahgunaan kuasa.

Katanya, setiap projek yang dibatalkan membawa kesan langsung terhadap kehidupan rakyat, penyediaan kemudahan asas dan masa depan generasi akan datang.

Aliakbar menegaskan bahawa desakan itu berasaskan soal keadilan serta hak rakyat mendapat pembangunan, dan meminta kerajaan memastikan projek penting tidak dibatalkan sewenang-wenangnya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS sedia bantu bangunkan inovasi pengurusan sisa pepejal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular