HomeUtamaKes bunuh: Penjaga stor dipenjara 35 tahun, 15 sebatan

Kes bunuh: Penjaga stor dipenjara 35 tahun, 15 sebatan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga asing.

Pesuruhjaya Kehakiman Ratanah Devi Yusof Perumal pada Selasa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hazrul Migo Hassan, 32, selepas perbicaraan penuh.

Mahkamah mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hazrul bersama Najib Adam dan tujuh lagi individu yang masih bebas didakwa membunuh Al Sam Amil, seorang warga asing tanpa dokumen pengenalan diri, di tepi jalan berhampiran sebuah sekolah di Penampang pada 24 Disember 2023.

Pertuduhan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2026, mahkamah sama melepas dan membebaskan Najib, 35, yang bekerja sebagai buruh, daripada pertuduhan sama tanpa dipanggil membela diri, manakala Mohd Hazrul diperintahkan membela diri.

Mohd Hazrul memilih memberikan keterangan bersumpah dan merupakan satu-satunya saksi pembelaan. Sepanjang peringkat kes pendakwaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles, manakala Mohd Hazrul diwakili peguam lantikan kerajaan Jamadi Saleh.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Electricity teroka mobiliti hijau menerusi projek perintis EV Bike

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular