HomeUtamaEmpat keluarga terjejas banjir di Kampung Bebangkong Mesapol

Empat keluarga terjejas banjir di Kampung Bebangkong Mesapol

Read Time:48 Second

SIPITANG: Seramai 25 penduduk daripada empat keluarga terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Bebangkong Mesapol, di sini, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa dipindahkan ke Dewan Mesapol bagi memastikan keselamatan mereka susulan kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Desmond Anak Mickey berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.42 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba pada jam 5.55 pagi dan mengesahkan kawasan berkenaan dilanda banjir.

“Operasi pemindahan membabitkan 25 mangsa daripada empat keluarga menggunakan sebuah bot penyelamat untuk membawa mereka ke Dewan Mesapol.

“Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan seorang bayi perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan enam anggota BBP Sipitang dengan bantuan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi turut menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah bot penyelamat.

Menurutnya, perkembangan lanjut berhubung operasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Kilang sembelihan proses 40,000 ayam sehari, dipercayai mati sebelum disembelih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular