HomeUtamaEmpat kawasan di Sabah berdepan ribut petir

Empat kawasan di Sabah berdepan ribut petir

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Beberapa daerah di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan, memaklumkan amaran itu melibatkan empat kawasan iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi kawasan Tawau, daerah yang terlibat ialah Lahad Datu, Kalabakan dan Kunak, manakala kawasan Sandakan meliputi Kinabatangan, Sandakan, Tongod dan Telupid.

Di Pantai Barat, amaran berkenaan melibatkan Ranau, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Putatan.

Sementara itu, di kawasan Pedalaman, daerah yang dijangka mengalami keadaan cuaca berkenaan ialah Tambunan, Sipitang, Pensiangan dan Tenom.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Ambuyat berpotensi jadi tarikan sempena Tahun Melawat Sabah 2027

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular