HomeUtamaMenggaji PATI, majikan didenda RM10,000

Menggaji PATI, majikan didenda RM10,000

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggaji seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Vui Shen, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, Yap didapati menggaji seorang wanita warga Filipina berusia 24 tahun  yang tidak mempunyai pas yang sah di sebuah kedai kopi di Jalan Gaya, di sini, pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen memperuntukkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI yang digaji, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, seramai 11 warga asing dijatuhi hukuman penjara dan denda atas kesalahan memasuki Sabah tanpa dokumen yang sah.

Empat lelaki Filipina, tiga lelaki Indonesia, dua lelaki Pakistan dan seorang wanita Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasuki negeri ini secara haram.

Seorang lagi wanita Filipina yang melakukan kesalahan sama didenda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua 11 tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman atau membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Chin Tze Mee.

RELATED ARTICLES
Utama

Buli siber perlu diberi perhatian, pelajar mudah terpengaruh media sosial –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular