HomeUtamaDua ditahan, 940 liter petrol dirampas di Semporna

Dua ditahan, 940 liter petrol dirampas di Semporna

Read Time:1 Minute, 4 Second

SEMPORNA: Sebanyak 940 liter petrol bernilai RM4,013.80 dirampas dalam tiga kes penguatkuasaan di perairan Semporna, dengan dua individu ditahan.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerima ketiga-tiga kes serahan itu daripada Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, semalam (6 November).

Dua kes membabitkan tindakan penguatkuasaan PGA di perairan Pulau Mataking yang membawa kepada penahanan dua individu serta rampasan 700 liter petrol.

Sementara itu, satu lagi kes membabitkan rampasan tanpa tuan oleh PPM Semporna di Kampung Labuan Haji, Pulau Bum Bum, melibatkan 240 liter petrol.

Kedua-dua individu yang ditahan dalam kes di perairan Pulau Mataking direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Selain petrol, dua bot kayu dan dua enjin sangkut turut disita dalam kes berkenaan.

Susulan itu, KPDN Semporna membuka tiga kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Sabah dalam kenyataan memberi amaran keras kepada individu dan syarikat supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut akta berkenaan boleh didenda sehingga RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya, denda sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Unit Kebajikan Wanita GRS santuni pesakit, salur sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular