HomeUtamaBelanjawan Sabah 2027 fokus selesaikan isu asas rakyat

Belanjawan Sabah 2027 fokus selesaikan isu asas rakyat

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah 2027 yang akan dibentangkan pada 4 Disember depan dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat, khususnya menerusi penyelesaian beberapa isu asas yang masih dihadapi negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, belanjawan berkenaan akan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat serta pembangunan negeri, termasuk menangani isu bekalan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya.

“Saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak perkara sebelum belanjawan itu dibentangkan, tetapi saya ingin menegaskan bahawa ia merupakan belanjawan yang baik untuk rakyat dan pembangunan negeri.

“Belanjawan ini akan menyediakan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi di Sabah, termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Deepavali di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Hajiji diiringi V. Jothi (kanan) disambut tetamu yang hadir semasa ketibaan pada Majlis Perayaan Deepavali di sini, hari ini.

Mengulas sambutan Deepavali, Hajiji berharap perayaan itu membawa cahaya, kebaikan dan keberkatan bukan sahaja kepada masyarakat India, malah seluruh rakyat Sabah tanpa mengira kaum.

Katanya, semangat meraikan perayaan bersama-sama mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum yang menjadi asas perpaduan di negeri ini.

“Inilah semangat Malaysia sebenar yang kita mahu lihat, sebuah masyarakat berbilang kaum yang meraikan perayaan bersama-sama.

“Marilah kita terus mempertahankan semangat perpaduan ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Hajiji bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, menyempurnakan upacara memotong kek sempena sambutan Deepavali, diiringi Presiden Dewan Perniagaan India Sabah (SICC), Datuk V. Jothi serta tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan daripada SICC kepada Persatuan Orang Buta Sabah dan Jireh Home di Tuaran.

Sambutan Pesta Cahaya anjuran bersama Kerajaan Negeri dan SICC itu dihadiri lebih 1,400 tetamu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri-Menteri Kabinet Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; wakil rakyat serta pemimpin masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular