HomeUtamaHujan berterusan dijangka landa tiga kawasan di Sabah hingga Khamis

Hujan berterusan dijangka landa tiga kawasan di Sabah hingga Khamis

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Penduduk di Kudat, Pitas dan Paitan diminta berwaspada susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berkuat kuasa sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran itu melibatkan kawasan Kudat dan Pitas di daerah Kudat serta Paitan di daerah Sandakan.

Selain Sabah, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

Di Terengganu, kawasan yang dijangka mengalami hujan berterusan ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan berisiko banjir.

RELATED ARTICLES
Utama

Cahaya terang di ruang udara Sabah berpunca daripada pelancaran roket China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular