HomeUtamaTumbuk muka masa mabuk, lelaki didenda RM1,700

Tumbuk muka masa mabuk, lelaki didenda RM1,700

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang lelaki beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan.

Majistret Dzul Elmy Yunus turut memerintahkan tertuduh, Elvis Leebrande, 22, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Elvis dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah kuaters di Inanam, kira-kira jam 4 petang pada 31 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, mangsa sedang minum bersama rakannya di kuarters berkenaan sebelum diserang oleh seorang lelaki yang dikenalinya iaitu tertuduh.

Kejadian dipercayai berpunca apabila tertuduh melarang mangsa pergi ke rumah seorang rakannya, namun larangan itu tidak diendahkan.

Tertuduh yang ketika itu dalam keadaan mabuk kemudian menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Akibat kejadian,mangsa mengalami bengkak pada kedua-dua belah pipi, sakit di bahagian muka serta luka di bawah mata kiri.

Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat laporan polis. Tertuduh ditahan pada 2 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jasamine Tan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pecah rumah curi telefon RM300, lelaki dipenjara lima tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular