HomeUtamaTangki ubah suai taktik seludup 7,000 liter diesel bersubsidi

Tangki ubah suai taktik seludup 7,000 liter diesel bersubsidi

Read Time:1 Minute, 1 Second

KUDAT: Taktik menggunakan tangki simpanan yang diubah suai untuk membawa minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot pancing di perairan selatan Pulau Maliangin Kecil, malam tadi.

Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan kira-kira tiga batu nautika dari pulau berkenaan mendapati ia dipercayai dilengkapi tangki simpanan tambahan yang telah diubah suai selain menggunakan ruang kargo sedia ada untuk membawa kira-kira 7,000 liter diesel bersubsidi.

Pengarah Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, pengubahsuaian struktur bot itu dipercayai bertujuan menyembunyikan dan membawa muatan bahan api bersubsidi.

Beliau berkata, kejayaan mengesan kegiatan itu adalah hasil maklumat risikan serta kecekapan anggota operasi Maritim Malaysia ketika menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan perairan berkenaan.

Dalam operasi itu, dua lelaki berusia 50 dan 47 tahun yang merupakan kru bot berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM33,000, manakala pemeriksaan lanjut mendapati dokumen pengenalan diri kedua-dua kru terbabit diragui dan memerlukan pengesahan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan pemantauan di perairan Kudat bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta mengelakkan laluan laut negara daripada dieksploitasi untuk aktiviti menyalahi undang-undang.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

RELATED ARTICLES
Utama

PBNS perluas bantuan kebajikan kepada penduduk kawasan pedalaman dan pulau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular