HomeUtamaSebabkan kecederaan, lelaki didenda RM2,000

Sebabkan kecederaan, lelaki didenda RM2,000

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan seorang individu pada Julai lalu.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Haiqal, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan pada Jumaat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan individu lain didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun di sebuah premis di Manggatal, kira-kira jam 11.56 malam pada 29 Julai 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Yusdi Basri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Jamawi cedera di kepala selepas tergelincir di tandas KLIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular