HomeUtamaBeberapa Kawasan Dan Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Selama Dua Minggu

Beberapa Kawasan Dan Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Selama Dua Minggu

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Beberapa kawasan dan lokaliti yang berbeza di Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak selama tempoh 14 hari bermula Isnin ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kawasan terlibat adalah di PKPD Kampung Indah Nabawan; PKPD Kampung Manggis Kuala Penyu dan PKPD Kampung Baru (SFI) Sipitang.

“Selain itu, dua lokaliti di Tawau iaitu Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah serta PKPD di dua lokaliti di Kota Belud iaitu melibatkan Kampung Tawadakan dan Kampung Bungan.

“Kesemua kawasan ini akan dikenakan PKPD bermula Isnin ini sehingga 27 Jun depan selaras dengan keputusan kerajaan pusat bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, beberapa kawasan lain yang sebelum ini dikenakan PKPD akan ditamatkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 13 Jun ini.

Katanya, antara PKPD yang ditamatkan adalah PKPD Kampung Padawan Papar dan PKPD Felda Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu

“Penamatan PKPD di dua kawasan ini adalah selepas KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster yang terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya