HomeUtamaAngka Kes COVID-19 Di Sabah Dijangka Melonjak Tinggi

Angka Kes COVID-19 Di Sabah Dijangka Melonjak Tinggi

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Angka kes positif COVID-19 dijangka akan melonjak tinggi dalam beberapa hari sehingga gerakan saringan secara besar-besaran selesai dijalankan.

Jurucakap rasmi COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, catatan kes positif COVID-19 yang tinggi hari ini adalah disebabkan langkah memperhebat saringan bersasar secara rumah ke rumah.

“Dan ia tidak hanya tertumpu kepada saringan kontak rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokaliti-lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Justeru itu angka jumlah kes positif COVID-19 dijangka akan melonjak tingg dalam beberapa hari sehingga gerakan saringan tersebut selesai dilaksanakan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, catatan kes yang direkodkan hari ini adalah kurang daripada jangkaan awal berikutan pelbagai langkah yang telah dibuat seperti memperketatkan larangan rentas daerah, melakukan kajian bersasar lokaliti-lokaliti untuk dikenakan PKPD seterusnya penyediaan SOP sebagai garis panduan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular