HomeUtamaPatuh SOP Dimusim Perayaan, Elak Penularan COVID-19

Patuh SOP Dimusim Perayaan, Elak Penularan COVID-19

Read Time:57 Second

PUTATAN: Orang ramai khususnya yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di negeri ini disarankan mengambil langkah komprehensif dalam memastikan jangkitan COVID-19 terus berjaya dilandaikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan pandemik berkenaan.

“Bersempena Tahun Baru Cina 2022 ini, suka saya  mengingatkan dalam kita merasa gembira meraihkannya, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan.

“Ini adalah untuk kita sama-sama membendung jangkitan COVID-19 yang masih ada dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program menyantuni peniaga dan masyarakat Tiong Hua di sekitar Pekan Putatan dan Pekan Taman Jumbo, Putatan, disini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, program tersebut dalam masa sama turut memberikan peluang ikatan silahturahim melibatkan masyarakat setempat.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan Tanjung Keramat turun ke kawasan kedai dan juga perumahan, untuk mengagihkan buah limau mandarin kepada masyarakat kita  bersempena menyambut perayaan Tahun Baru  Cina.

“Saya sempat bertemu  dengan masyarakat yang ada disekitar untuk mendengar dan melihat keadaan sekeliling,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular