HomeUtamaCOVID-19 : Saringan Kontak Rapat, Bergejala Catat Peningkatan Kes Positif

COVID-19 : Saringan Kontak Rapat, Bergejala Catat Peningkatan Kes Positif

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali melepasi paras 300 apabila melonjak tinggi kepada 373 kes hari ini iaitu 106 kes lebih tinggi berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat peningkatan bilangan kontak rapat iaitu sebanyak 161 kes dan individu bergejala sebanyak 132 kes yang positif.

Katanya, ini adalah tanda-tanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti.

“Sebelas 11 buah daerah mencatatkan kes harian dua angka hari ini berbanding lapan daerah sahaja semalam.

“Lima  daripada daerah-daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi, iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19). Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, tidak ada kluster baharu hari ini namun lima daripada 17 kluster-kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu.

Katanya, Kluster Jalan Sri Balung, Tawau adalah menyumbang kes baharu (kluster) terbanyak dengan 41 kes dan Kluster Montenior, Kuala Penyu pula 11 kes baharu.

“Sejumlah 365 atau hampir 98 peratus daripada 373 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu  kes dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya